assalamualaikum wbt..
hari ini aku nak post berkaitan dengan ayah aku^^…tah knp hari ni aku begitu rapat sangat dengan ayah aku..
pagi tadi, aku teman ayah dan ibu aku pegi pasar..sempat belajar beberapa jenis ikan yg aku xpernah ketahui..masa tu ibu peri beli cili, aku dengan ayah pun beli pisang then masuk dalam kereta..sementara tunggu ibu, aku dgn ayah borak2 kejap..borak2 ttg ekonomi negara, ttg isu dunia, ttg golf, ttg bola dan yg paling aku terharu ttg kisah hidup ayah aku..ye, mmg dari kecil dulu aku dah terdetik kat hati aku nak jadi spt ayah aku..mungkin masa kcik aku x phm sangat betapa ayah aku struggle nak besarkan aku dan adik2 aku..yg aku tahu, ayah aku sediakan semuanya dalam hidup aku..ape lg yg xckup dalam hidup aku ni. semua ayah aku dah beri kat aku..bila ayah cerita ttg kisah hidup dia dlu, aku hampir menitiskan air mata..
dulu, ayah bukan org yg berada..ayah anak seorang polis dan cikgu..ayah cerita, dulu ayah hidup susah.. tp dalam kesusahan ayah, beliau masih menjadi murid cemerlang dekat sekolah..ayah cakap, masa ayah form 3, beliau baca surat khabar, lalu ternampak kursus perakaunan..ayah pun cuba ikut kursus tu semasa ayah duduk dekat terengganu..lama kelamaan ayah berminat dengan bidang akaun ni..jadi ayah pun amik perakaunan semasa di tingkatan 4..ayah cemerlang dalam spm tp cuma fail bm..kemudian ayah terpaksa duduki balik spm dan mendapat A dalam bm..o.O..sungguh-sungguhnya ayah aku dalam mencapai keputusan beliau sekejap je dengan cemerlang..gugugu..terernye ayah aku ni..
lepas tu beliau sambung belajar ke universiti utk mengambil diploma..ayah berjaya dengan cemerlang..kemudian ayah mengambil keputusan utk bekerja sekejap di sebuah bank. dalam masa sama ayah mohon utk masuk U utk mengambil degree pulak..sebelum tu, ayah dpt tawaran dari petronas utk berkerja dengan mereka dan ingin memberi biasiswa kpd ayah ke US utk sambung degree dan master..tp sbb2 tertentu ayah menolaknya..ayah ambil degree kemudian bekerja. ayah cuba utk berniaga, tp x menjadi..tp ayah bukan seorang yg cepat putus asa..jadi ayah dah jadi mcm sekarang^^..seorang yg berjaya..
kagum aku dengan ayah aku..bila aku imbas2 kembali masa zaman kcik2 dlu..rasa mcm berdosa nya aku kpd ayah..xpernah sekali aku fkirkan mcm mana susahnya ayah besarkan aku..tu asek mintak mcm2 je..ish..T.T..ampunnn ayah..tp alhamdulillah Allah dah buka kan hati aku..aku dah mula memahami perasaan ayah..biarlah adik lain xdpt rasa..tp aku tahu perasaan ayah mcm mana..satu hari nanti aku ingin cuba buat ayah rasa bangga dengan kejayaan aku^^..hari ni aku rasa happy sgt sbb dpt kenal ayah dengan lebih dekat..:D syukur dapat ayah mcm ni..betul kata seorang sahabat, “kita xboleh duga perangai lelaki”.. mmg kadang2 cara lelaki amat memedihkan hati tp kadang2 dia buat utk sesuatu kebaikan utk diri dan org lain..dan mcm tu la ayah aku, kdang2 tingkah lakunya mungkin membuat aku kecewa, tp hakikatnya dia cuba mengajar aku sesuatu..ayah yg xpernah suka menunjuk2 utk apa yg hendak dia laku kan dan apa yg sudah dia capai..itu lah ayah aku^^..sayangilah ayah sedalam2 hati™
wassalam